“Ibu.. Ibu.. Boleh tak ibu potong muffin ni?” kata Amin tiba-tiba.
“Potong 3 tau ibu! Yang besar bagi kat Naim, yg kecik bagi kat Amin & Yong”, tambah Amin lagi.
“Ngapa yang besar bagi kat adik?”, saya bertanya kehairanan.
“Sebab adik kapten!”, jawab Amin tanpa berfikir panjang.
Saya tergelak. Mesti ada kejadian yang berlaku disebalik gelaran kapten yang dianugerahkan pada Naim. Apa-apalah Amin. Saya terus mencapai muffin & berjalan ke dapur.
Permintaan anak-anak supaya memotong sebijik muffin coklat menjadi tiga mengingatkan saya dengan kisah dulu-dulu kami adik-beradik. Kami memang tak pernah dibiasakan meminta-minta, walaupun hanya sebijik gula-gula! Setiap kali ke kedai, hanya jelingan mengharap yang dapat dilontarkan pada barang-barang idaman kalbu. Selebihnya hanya dipendam dalam hati. Tapi sekali-sekala merasa juga gula-gula Hudson kuning atau Cikedis (Charlie Chikedis) sepaket seorang atau mungkin coklat Kandos seorang satu. Ada masanya pula dapat merasa makan aiskrim coklat dalam kotak kertas yang kemudiannya diukur, digaris dan dipotong 5 bahagian agar tidak bergaduh adik-beradik. Walau buah rambutan sekalipun, akan kami bahagikan sama banyak agar semuanya adil dan saksama, tiada yang terlebih atau terkurang! Ahh.. Alangkah bahagianya kami zaman itu.
Dan sekarang perkara yang sama akan berulang lagi. Anak-anak saya dah besar rupanya. Cuma yang susahnya, saya kena potong 3!
Adakah ini bermakna saya kena tambah lagi seorang rakyat jelata supaya senang nak potong 4? Hhmmm.. Kena tanya suami dulu nampaknya.. Tapi firasat saya kata, suami akan berkata begini..
“Apalah sangat nak potong 3 berbanding nak tambah jadi 4! Potong 3 je lahh..”
(Saya senyum lagi sorang-sorang dan bergelak-ketawa dalam hati.. Huhuuu..)

Posted by Salmah Suhaimi on November 3, 2010 at 11:30 am
hehehhe..
Tergelak kecil pun ada bila baca cerita akak ni. Walaupun ringkas tp bermakna.
Posted by Syurina on November 3, 2010 at 12:07 pm
hahaa.. iye ke sal? tu la.. bila kita dah beranak-pinak mcm ni, byk benda yang perlu difikirkan.. isu pasal anak ni bukan boleh dibuat main, tak boleh nak Ctrl-Z mcm dlm komputer.. betul tak?