Lain Nak Ditulis, Lain Pulak Jadinya

‘Saya Sibuk’

Baru-baru ini saya agak sibuk sebenarnya. Ada beberapa perkara yang sedang saya usahakan sekarang ini. Semuanya ingin saya buat serentak. Buat yang ini, yang itu terbengkalai. Buat yang itu, yang ini ‘memanggil-manggil’. Sudahnya, semuanya saya buat sekerat-sekerat. Blog tutorial saya pula, masih tiada posting terbaru (walaupun ada beberapa posting yang ditulis separuh jalan di dalam telefon saya sebenarnya). Blog ini pula nampak gayanya tiada posting menarik yang dapat dikongsi bersama (walaupun setiap masa idea baru muncul di kepala).

‘Alasan Saya’

Walaupun sudah hampir 8 bulan saya menjadi DO, saya masih tidak berjaya mencuri-curi masa untuk menulis blog sebenarnya. Ada kalanya idea datang mencurah-curah sewaktu saya sedang sibuk mengacau gulai di dapur atau ketika menyidai kain di ampaian. Otak ligat menyusun ayat & cuba merangka-rangka jalan cerita untuk blog ini. Tapi sementara nak menunggu lauk siap dimasak, anak-anak siap disuap & kain baju selamat disidai, entah ke mana hilangnya idea-idea yang kononnya mencurah-curah itu tadi. Sebaik sahaja WordPress dibuka, saya terkebil-kebil menaip sambil cuba mengutip saki-baki idea yang tinggal.. Aduh.. Jenuh nak menyusun kembali ayat-ayat yang kononnya sudah cantik dikarang. Dan akhirnya, saya akur apabila hasil ‘A’ yang ingin dikongsi, tapi posting ’Z’ pulak yang menjadi..

Begitulah lumrah seorang penulis amatur seperti saya yang masih belum mendapat rentak & irama sebagai seorang blogger. Namun bagi saya, ini pun sudah memadai. Sekurang-kurangnya saya masih lagi menulis (walaupun hampir 5 bulan saya bercuti menjadi blogger!). InsyaAllah selagi saya masih mampu menzahirkan idea-idea di kepala ke dalam blog, akan saya ketuk papan kekunci ini sehinggalah butang ‘Publish’ ditekan.

Terima kasih kerana membaca coretan saya (yang asalnya tadi hendak menceritakan kisah lain sebenarnya!).

2 responses to this post.

  1. semoga kak syu aktif kembali menjadi blogger :)

    Reply

  2. Terima kasih suzie.. akak sedang berusaha sedaya upaya nih! hehehe.. semoga dipermudahkan segala urusan.. Amin!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.