Teringin Belajar Buat Blog?

Saya ada semangat baru sekarang. Ingin kembali berblog setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri dari alam blogger! Semuanya gara-gara tugasan yang diberi suami beberapa minggu lepas untuk mengajar kursus bina blog di Kajang. Saya akui pada mulanya saya agak ‘malas’ untuk kembali mengajar. Tapi bila suami beria-ia menyuruh saya menyahut cabarannya, barulah saya terima. 3 minggu persiapan untuk mengajar rasanya tak cukup. Saya agak tertekan terutamanya pada minggu terakhir. Tambahan pula hari Sabtu & Ahad dipenuhi dengan majlis makan-makan di rumah rakan & saudara-mara. Mana nak siapkan nota, slide & belajar menggunakan Blogger sebagai persiapan mengajar, di samping tugas-tugas saya di rumah yang tak pernah selesai. Kain baju semua berlonggok-longgok tidak dilipat, anak-anak asyik saja saya sergah & marah bila saya sedang sibuk menulis nota, lauk pauk pun dibeli saja di kedai. Memang agak huru-hara saya minggu lepas. Kesian anak-anak.. Mujur suami memahami.. Terima kasih duhai suami. Nampaknya minggu ini terpaksa la saya kembali menjadi PTD = pegawai tadbir dapur semula. Pasrahhh.. haha..

Sekarang saya bersemangat semula nak kembali berblog. Orang kata sementara tengah bersemangat ni, kena la cepat-cepat buat. Sementara tengah ‘panas’.. Bila dah suam nanti, takut lama-lama jadi sejuk terus.. Idea untuk menulis pun dah semakin mencurah-curah. InsyaAllah saya akan mula menulis semula..

Pada kawan-kawan yang ingin belajar membuat blog sendiri, insyaAllah saya akan cuba kemaskini blog baru saya Tutorial Blog dengan WordPress dan Blogger dari masa ke semasa. Hajat saya ingin berkongsi ilmu tentang kedua-dua blogware tersebut supaya lebih mudah untuk dipelajari, terutamanya untuk mereka yang ingin untuk belajar buat blog & mempunyai blog sendiri. Buat masa ini, saya hanya sempat memasukkan nota-nota umum tentang blog. InsyaAllah akan saya masukkan nota-nota lain kemudian.

6 responses to this post.

  1. Posted by hairol on October 13, 2010 at 11:50 am

    senang tak buat blogg…leh belajarr niii

    Reply

  2. senang jer hairol.. nak buat blog memang lah sgt senang, nak maintain blog yg susah sebenarnya.. boleh la jenguk2 blog tutorial akak tu nanti ye.. nanti akak masukkan nota sikit-sikit..

    Reply

  3. Selamat kembali. lama betul tak dengar citer. semoga lepas ni akan padat dengan pelbagai informasi. Nak tanya sikit, http://syurina.com tu kepunyaan Kak Syurina ke? Mohon maaf sekiranya tersalah agak

    Reply

  4. terima kasih.. memang betul la, akak yang punya.. tapi belum sempat nak digodek-godek lagi. ada masalah nak import posting yang sedia ada ke dalam hosting baru tu.. tu yang dibiarkan macam tu je. insyaAllah akan dikemaskini nanti.. terima kasih atas keprihatinan (saudara/saudari ye?).

    Reply

  5. kak syu….nak belajar wordpress ngan kak syu lah…..ada tutorial tak?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.