Wah.. Lama sungguh saya tak berceloteh dalam blog saya ni. Saya ada alasan yang tersendiri sebenarnya (alasaaaan.. macam Amin la pulak).. haha.. Sebenarnya saya masih lagi dalam mode ‘honeymoon’ selepas berhenti kerja bulan Mac lepas. Menikmati ‘keseronokan’ dan ‘kepenatan’ menguruskan rumahtangga yang tertangguh sejak 12 tahun lepas. Itulah hakikatnya. InsyaAllah, jika ada peluang dan kesempatan, saya akan beransur-ansur mengatur kembali perjalanan hidup saya seperti yang saya rancangkan beberapa bulan lalu.
Apa-apa pun, kalau kelapangan, boleh la menjenguk-jenguk blog saya tu nanti ye. Blog biasa saja sebenarnya. Tiada yang istimewa pun. Blog macam mana nak membuat blog. Idea blog tersebut tercetus sewaktu saya diamanahkan untuk mengajar satu kursus Asas Membina Blog di Kajang. Terfikir juga, baik saya buat satu blog khusus untuk kursus tersebut. Dapat juga saya berkongsi idea & pendapat dengan murid-murid & pembaca saya nanti. Blog tersebut akan saya bangunkan sedikit demi sedikit dan tambahkan nota-nota dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan saya berjaya membuatnya. Maklumlah, buat blog memang senang. Yang susahnya ialah menyelenggaranya nanti. Doakan saya berjaya.
Jumpa lagi di posting lain nanti.
