Hari ni birthday suami.. Agak terkilan rasanya kerana tak sempat membelikan sesuatu untuknya. Dulu, saya sempat juga mencuri-curi membeli atau merancang sesuatu setiap kali 23 April menjelma. Tapi tahun ni, terasa benar hambarnya. Tiada sambutan majlis hari jadi, tiada kek & tiada hadiah. Yang sempat saya buat, hanyalah menukar status Facebook saya & menulis entri ini. Mengapa saya jadi macam ni ye? Maaf duhai suami.. Saya cuma mampu memasak makan tengahari saja tadi. Lauk sotong masak kicap + ikan selar goreng + kacang buncis. Malam nanti kita pergi dinner dengan anak-anak ye.. I’ll make up to you insyaAllah..
“Yong, hari ni birthday walid. Yong nak cakap apa kat walid?”, saya bertanya Nurin sebentar tadi.
“….Yong tak de idea la…”, kata Nurin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Okay takpe, macam ni. Kalau Yong ada duit, Yong nak beli hadiah apa untuk walid?”, soalan yang sama saya ajukan kepada pada Amin tadi, saya tanyakan pula pada Nurin.
“……..”, tiada jawapan dari Nurin.
“Tadi ibu tanya Amin. Amin cakap dia nak belikan pancing sebab Amin kata walid belum ada pancing. Towel walid dah ada, kereta walid dah ada, pancing je yang walid tak ada”, saya mengulangi saat Amin memberikan jawapannya tadi.
Nurin hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, tak mahu memberikan kerjasamanya. Agaknya masih merajuk dengan saya kerana memarahinya tadi.
“…Yong nak buat hadiah untuk walid. Tapi Yong cuma tau lipat kertas untuk buat bot je. Tapi Yong tak ada kertas..” tiba-tiba Nurin bersuara perlahan.
“Ok tak apa, nanti kejap lagi ibu bagi Yong kertas ye..” sebak saya mendengar jawapan Nurin.
Nurin mengangguk.
Saya perlu cepat-cepat publish entri ini supaya saya boleh berikan Nurin kertas untuk botnya.
Kalaulah saya ada banyak duit lebih, saya nak belikan suami kerusi urut idamannya. Boleh saya tumpang sekaki.
Selamat hari lahir wahai suami. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, hari esok lebih berkat dari hari ini dan hari-hari mendatang lebih bahagia buat kita sekeluarga, dunia & akhirat. Amin. - wifey
== Tumpang ucapan selamat hari lahir buat teman-teman lain.. : ITA : NAZ : WINA : NOI : share birthday dengan suami rupanya teman-teman saya ni. Tak pula kutahuu.. ==
Komen Anda Adalah Motivasi Saya